Cyber Safety Awareness Talk

KPPIM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan Program Cyber Safety Awareness Talk pada 13 Januari 2023 di Kolej Matrikulasi Arau. Program ini merupakan satu inisiatif fakulti melalui projek SULAM (Service Learning – University for Society) , iaitu khidmat komuniti yang perlu dianjurkan oleh para pelajar universiti untuk masyarakat setempat. Kali ini pihak Kolej Matrikulasi Perlis telah menjadi komuniti pilihan.

SULAM mempunyai fokus utama iaitu memberi impak kepada masyarakat. Ia mementingkan sumbangan universiti dalam meningkatkan pengetahuan atau kemahiran sesebuah komuniti pilihan. Oleh itu, pelajar dari Kolej Matrikulasi telah dipilih supaya pelajar-pelajar ini dapat menimba sedikit ilmu dan mendapat kesedaran tentang penipuan atas talian oleh kerana mereka merupakan orang muda yang baru memasuki alam dewasa, sebagai contoh dimana mereka merupakan antara sasaran bagi sindiket penipuan atas talian yang kerap berlaku kebelakangan ini.

Bagi memberi pendedahan tentang bahaya jenayah penipuan atas talian dan langkah-langkah untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa, program ini kaedah ceramah santai yang telah disampaikan sendiri oleh para pelajar kod kursus ICT652. Topik yang dikupas merangkumi Online Shopping Scam, Macau Scam, Love Scam dan Bad Download/Fake Virus.

Tiga aktiviti utama telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Aktiviti pertama ialah sesi ceramah ringkas daripada dua orang wakil dari setiap kelas (CS251, CS255, CS2406A &CS2406B). Program diteruskan lagi dengan aktiviti santai dimana para peserta secara berkumpulan bermain 2 jenis permainan meransang minda yang berkaitan dengan tema program yang dipanggil Word Search dan Relay Charades. Aktiviti ketiga, para peserta secara individu dikehendaki menjawab kuiz menggunakan telefon pintar (melalui platform Quizizz) untuk menguji pengetahuan mereka mengenai empat ceramah yang diberikan semasa awal perjalanan program.Hadiah-hadiah menarik telah disediakan kepada para pemenang aktiviti berkumpulan dan kuiz tersebut.

Berdasarkan keputusan aktiviti permainan dan kuiz yang dimainkan ketika program berlangsung, didapati bahawa program ceramah ini telah berjaya meningkatkan tahap kesedaran para pelajar yang hadir tentang bahayanya sindiket penipuan atas talian.