Research Exhibition In Mathematics & Computer Sciences (REMACS 5.0)

KPPIM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan Research Exhibiton in Mathematics & Computer Science 5.0 (REMACS 5.0) pada 2 Februrari 2023 di Kompleks STAR, UiTM Perlis. REMACS 5.0 melibatkan 56 ahli jawatankuasa (AJK) yang terdiri daripada 32 AJK Pensyarah dan 24 AJK Pelajar. 162 pelajar tahun akhir memeriahkan program ini dimana pelajar daripada 4 program FSKM iaitu CS240 Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian), CS245 Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Komunikasi Data dan Perangkaian, CS251 Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Pengkomputeran Netsentrik dan CS248 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik Pengurusan.

Penilaian dibuat berdasarkan Anugerah Projek Terbaik dan Poster Terbaik bagi program CS240, CS245, CS251 dan CS248. Anugerah Khas Rektor juga telah disediakan iaitu piala pusingan bagi memilih sebuah projek terbaik diantara keempat-empat program yang menyertai pameran ini. Ia telah dimenangi oleh Nurliyana Najwa Husaini binti Failos dimana penyelianya adalah Mohamad Najib Mohamad Fadzil dan Zaki Ahmad Dahlan.

Jemputan yang hadir pada Majlis Perasmian Penutup iaitu Timbalan Rektor HEA, Prof. Ts. Dr. Mohd Azlan Mohd Ishak, Ketua Pusat Pengajian KPPIM Ts. Dr. Siti Zulaiha Ahmad dan Koordinator- koordinator Program KPPIM. Prof. Ts. Dr. Mohd Azlan Mohd Ishak turut merasmikan Perasmian Penutup REMACS 5.0.

Maklumat lanjut dan galeri gambar boleh dilihat di lawan web REMACS 5.0: https://kppimperlis.uitm.edu.my/remacs50/