Talk: Now I Can Speak 2018

FSKM UiTM Caw. Perlis telah menganjurkan program Now I Can Speak telah dijalankan pada 8 April 2018  jam 8:00 pagi.
Penceramah jemputan ialah Ustaz Khalid bin Ismail daripada Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) dan Encik Mohd Ismail bin Haji Abdul Rahim, Pensyarah Kanan daripada Fakulti Perakaunan. Objektif program ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar teknik komunikasi.

More Pictures

Bengkel R Programmer

FSKM UiTM Caw. Perlis telah menganjurkan Bengkel R-Programmer pada 3/2/2018-15/2/2018 di Makmal Big Data, UiTM Caw. Perlis. Bengkel yang disertai oleh 21 orang pelajar dan 5 orang pensyarah ini telah memberi pendedahan asas kemahiran pengaturcaraan R. Modul yang disediakan memberi asas kemahiran pengaturcaraan dengan penekanan ke arah bidang yang berkaitan dengan analisis data raya.

Modul bengkel:

1. Introduction To R
2. Intermediate R
3. Intermediate R Practice
4. Importing Data In R
5. Importing Data In R Part II
6. Cleaning Data In R
7. Importing $ Cleaning Data In R: Case Studies
8. String Manipulation In R With Stringr
9. Writing Function In R
10. Object Oriented Programming In R: S3 And R6

More Pictures

Bengkel Mapping Your PhD Journey

Pada 8/2/2018 FSKM UiTM Caw. Perlis telah menganjurkan bengkel “Mapping Your PhD Journey”. Bengkel ini telah disertai oleh pensyarah muda FSKM. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi panduan dan motivasi kepada para pensyarah muda untuk meneruskan pengajian ke peringkat PhD.

Penceramah:

  1. Prof Madya Dr. Sharifah Lailee Syed Abdullah
  2. Dr. Noraini Noordin

More Pictures

Final Year Project Presentation and Exhibition in Mathematics Dec 2017

Pada 22/12/2017, aktiviti Final Year Project Presentation and Exhibition in Mathematics telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 24 pelajar CS248 yang mengambil kursus MSP660 telah membentangkan hasil projek tahun akhir secara persembahan poster dan lisan. Pembentangan ini dinilai oleh Pemeriksa dan Panel Penilai yang terdiri daripada pensyarah Jabatan Sains Matematik dan Statistik, UiTM Cawangan Perlis.

More Pictures

Pertandingan Pengaturcaraan Perangkaian

FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan Pertandingan Pengaturcaraan Perangkaian pada 18/12/2017. Pertandingan ini di anjurkan bertujuan untuk membolehkan pelajar mempraktik segala ilmu yang telah dipelajari secara teori kepada pembangunan aplikasi perangkaian bagi kursus ITT440 (Network Programming). Disamping itu, ia dapat mendedahkan pelajar kepada penggunaan perkakasan dan perisian, terutamanya yang melibatkan konsep client-server. Sebanyak 10 kumpulan daripada 31 pelajar orang pelajar telah membuat persembahan dengan tempoh 15 minit. Pertandingan ini telah dihakimi oleh 2 orang hakim yang terdiri daripada pensyarah yang mempunyai pengetahuan asas didalam perangkaian.

Berikut adalah tentatif program bagi bengkel  tersebut:

9.00 pagi – 9.30 pagi : Pendaftaran
9.30 pagi – 12.00 tengahari : Pertandingan sesi 1
12.00 tengahari – 2.30 petang Rehat
2.30 petang – 3.30 petang : Pertandingan sesi 2
3.30 petang – 4.00 petang : Bersurai
4.00 petang – 4.30 petang : Penutup dan penyampaian hadiah

More Pictures

Bengkel “Gamification Using Scratch”

FSKM UiTM Caw. Perlis telah menganjurkan Bengkel Gamification using Scratch pada 16/12/2017. Seramai 52 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tahun akhir program Ijazah Sarjana Muda IT telah mempelajari teknik untuk menghasilkan permainan komputer menggunakan aplikasi Scratch di dalam bengkel ini. Penceramah bengkel ialah Puan Mahfudzah binti Othman.

More Pictures

Pertandingan Pembangunan Sistem MS-Access Sempena PEACE 2017

Pada 14/12/2017, FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan Pertandingan Pembangunan Sistem Microsoft Access Sempena PEACE 2017. Pertandingan ini melibatkan lapan kumpulan pelajar yang telah membangunkan sistem menggunakan perisian Microsoft Access. Penyampaian hadiah hamper kepada semua kumpulan disampaikan oleh Tuan Hj Adi Zuraini Md Zain, Timbalan Pendaftar Kanan di Majlis Penutup PEACE 2017 bertempat Anjung Siswa, UiTM Cawangan Perlis.

More Pictures

Creative and Critical Thinking for IT Solution

Program Creative and Critical Thinking for IT Solution telah dianjurkan oleh FSKM pada 25/11/2017 di LT5, UiTM Caw. Perlis. 54 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (RCS240) telah diberikan pendedahan berkenaan teknik berfikir secara kritis dan kreatif untuk penyelesaian masalah bidang IT. Penceramah ialah Encik Abdul Waffiy bin Rosli iaitu Pengarah Darwizz World Resources Marketing.

ATURCARA PROGRAM

08.30 – 09.00           :           Pendaftaran

09.00 – 12.00           :           Perkongsian Isu-isu semasa dunia IT

12.00 – 02.30           :           Rehat/Makan tengahari

02.30 – 04.30           :           Perlaksanaan aktiviti pemikiran kritis dan kreatif

04.30 – 05.00           :           Ucapan penutup dan penyampaian hadiah

05.00                         :            Bersurai

 

More Pictures