Webinar Fuzzy Preference Ranking Organization Method for Enrichment Evaluations (PROMETHEE)

FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan Webinar Fuzzy Preference Ranking Organization Method for Enrichment Evaluations (PROMETHEE) pada 28 Oktober 2022 secara atas talian. Penceramah untuk webinar ini ialah Puan Raihana Zainordin, pensyarah kanan Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Perlis. Tujuan webinar yang telah dihadiri oleh 9 orang pensyarah dan 72 orang pelajar ini adalah untuk memberi pendedahan berkenaan ‘fuzzy PROMETHEE’ kepada para pelajar dan pensyarah.

LaTeX Workshop: Writing Thesis in LaTeX for UiTM Students

FSKM UiTM Cawangan Perlis dengan kerjasama RIG Data Miners, telah menganjurkan bengkel “LaTeX Workshop: Writing Thesis in LaTeX for UiTM Students” secara atas talian pada 22/3/2021 9 pagi-1 petang. Penceramah untuk bengkel yang telah dihadiri oleh 250 orang peserta ini ialah Dr Rizauddin Saian, pensyarah FSKM, UiTM Cawangan Perlis. Bengkel ini memberi pengenalan asas dan pendedahan awal kepada para peserta mengenai LaTeX dan kelebihannya. Selain daripada itu, bengkel ini juga mendedahkan para peserta kepada templat LaTeX untuk menulis tesis khas untuk UiTM, yang telah diberi nama uitmthesis, dan dibina oleh penceramah sendiri. Templat uitmthesis adalah berasaskan sumber terbuka dan boleh dimuat turun dan digunakan secara percuma.

Muat turun templat uitmthesis:
Overleaf: https://www.overleaf.com/latex/templates/universiti-teknologi-mara-uitm-thesis-template-uitmthesis/qhjqxtrvzhsk
GitHub: https://github.com/rizauddin/uitmthesis

Academic Webinar: Systematic Literature Review

FSKM telah menganjurkan sebuah webinar yang bertajuk “Systematic Literature Review” pada 15/9/2020 dan telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor PJIM&A, Prof Madya Ts Dr Shukor Sanim Mohd Fauzi. Webinar ini telah disertai oleh 100 orang peserta dan bertujuan untuk mempelbagaikan hasil penulisan dan penerbitan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi serta berupaya meningkatkan jumlah indeks sitasi artikel. Penceramah untuk webinar ini ialah Dr. Hayrol Azril Mohamed Shaffril, seorang Pegawai penyelidik sosial daripada Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia dan Dr. Samsul Farid Bin Samsuddin, seorang pensyarah kanan daripada Jabatan Perpustakaan dan Sains Maklumat, Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Universiti Malaya. Adalah diharapkan agar webinar ini dapat membantu meningkatkan penerbitan jurnal dan prosiding di konferensi oleh para pensyarah UiTM Perlis.

Calculus 1 is Easy

FSKM telah menganjurkan sebuah program bertajuk “Calculus 1 is easy” secara siaran langsung melalui platform YouTube (https://youtu.be/aOzQqGvqWHA) pada 20 Jun 2020. Penceramah untuk program ini ialah Dr Rizauddin Saian. Program ini telah ditonton oleh lebih daripada 700 orang daripada dalam dan luar negara. Matlamat program ini ialah untuk menambahkan kefahaman kursus Kalkulus 1 di kalangan pelajar dan sekaligus dapat mengurangkan kadar kegagalan.

Taklimat Research Interest Group (Rig) – Way Forward in Research and Publication

FSKM telah menganjurkan sebuah taklimat RIG dengan kerjasama PJIM&A secara atas talian pada 19 Jun 2020 jam 3 petang. Taklimat telah disampaikan oleh GS. Dr. Nurul Ain Mohd Zaki, Koordinator Penyelidikan, Penerbitan dan Kecemerlangan, Bahagian PJIM&A, UiTM Cawangan Perlis. Taklimat ini dianjurkan bagi mencapai objektif-objektif berikut: memberi pendedahan tatacara penubuhan RIG, memberi tunjukcara bagaimana RIG boleh membantu melonjakkan peluang-peluang penyelidikan berprofil tinggi, memberi penerangan bagaimana RIG boleh dimanfaatkan bagi tujuan menghasilkan penerbitan berindeks dan berkualiti, serta melahirkan budaya kerja penyelidikan berpasukan dan berteraskan minat dalam kalangan pensyarah. Taklimat diakhiri dengan perkongsian pengalaman oleh Prof Madya Ts. Dr Shukor Sanim Mohd Fauzi, Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan dan juga Dr. Zuliahani Ahmad daripada FSG.

Talk: Now I Can Speak 2018

FSKM UiTM Caw. Perlis telah menganjurkan program Now I Can Speak telah dijalankan pada 8 April 2018  jam 8:00 pagi.
Penceramah jemputan ialah Ustaz Khalid bin Ismail daripada Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) dan Encik Mohd Ismail bin Haji Abdul Rahim, Pensyarah Kanan daripada Fakulti Perakaunan. Objektif program ini ialah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar teknik komunikasi.

More Pictures

Bengkel Mapping Your PhD Journey

Pada 8/2/2018 FSKM UiTM Caw. Perlis telah menganjurkan bengkel “Mapping Your PhD Journey”. Bengkel ini telah disertai oleh pensyarah muda FSKM. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi panduan dan motivasi kepada para pensyarah muda untuk meneruskan pengajian ke peringkat PhD.

Penceramah:

  1. Prof Madya Dr. Sharifah Lailee Syed Abdullah
  2. Dr. Noraini Noordin

More Pictures