Pertandingan Pengaturcaraan Perangkaian

FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan Pertandingan Pengaturcaraan Perangkaian pada 18/12/2017. Pertandingan ini di anjurkan bertujuan untuk membolehkan pelajar mempraktik segala ilmu yang telah dipelajari secara teori kepada pembangunan aplikasi perangkaian bagi kursus ITT440 (Network Programming). Disamping itu, ia dapat mendedahkan pelajar kepada penggunaan perkakasan dan perisian, terutamanya yang melibatkan konsep client-server. Sebanyak 10 kumpulan daripada 31 pelajar orang pelajar telah membuat persembahan dengan tempoh 15 minit. Pertandingan ini telah dihakimi oleh 2 orang hakim yang terdiri daripada pensyarah yang mempunyai pengetahuan asas didalam perangkaian.

Berikut adalah tentatif program bagi bengkel  tersebut:

9.00 pagi – 9.30 pagi : Pendaftaran
9.30 pagi – 12.00 tengahari : Pertandingan sesi 1
12.00 tengahari – 2.30 petang Rehat
2.30 petang – 3.30 petang : Pertandingan sesi 2
3.30 petang – 4.00 petang : Bersurai
4.00 petang – 4.30 petang : Penutup dan penyampaian hadiah

More Pictures