Pelantikan Ketua Pusat Pengajian FSKM 2017 – Dr. Rizauddin Saian

Dr Rizauddin bin Saian telah dilantik sebagai Ketua Pusat Pengajian FSKM UiTM Cawangan Perlis yang baharu menggantikan Prof. Madya Rohana Alias mulai 1 Mac 2017. FSKM mengucapkan selamat bertugas kepada Dr. Rizauddin Saian.

Selain daripada itu, FSKM UiTM Cawangan Perlis ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan ke atas khidmat bakti Prof. Madya Rohana Alias sebagai Ketua Pusat Pengajian FSKM.

Program Kepimpinan dan Kemasyarakatan Pulau Tuba

FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan program Kepimpinan dan Kemasyarakatan di Pulau Tuba Langkawi, Kedah pada 24 Feb 2017 – 26 Feb 2017. Program ini telah disertai oleh 29 orang pelajar FSKM UiTM Cawangan Perlis dengan diiringi oleh 2 orang pensyarah.

Tujuan program ini ialah untuk menjalankan hubungan kemasyarakatan yang baik dengan penduduk setempat, memberi pendedahan kepada pelajar dalam aspek kepimpinan dan meningkatkan tahap keyakinan diri dalam membentuk moral dan ketrampilan diri dan melatih pelajar untuk memimpin dan mengurus program menerusi sesi perkongsian yang telah dijalankan di Sekolah Menengah Pulau Tuba.

Industrial Talk: Computer Networking Jobs

Program “Industrial Talk” ini telah dilangsungkan pada 24 Februari 2017 (Jumaat) pada jam 2.30 petang dan disertai oleh 200 pelajar dari program CS110. Program ini diadakan di LT6 Kompleks Star di mana empat penceramah luar telah dijemput untuk memberi perkongsian dalam bidang perangkaian. Selain itu, pelajar diberi pendedahan tentang persediaan memasuki industri seperti akademik, resume, kemahiran dan juga interview.

Team Building CS143

Jabatan Sains Matematik & Satistik, FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan program Team Building pada 19 Februari 2017. Program ini telah dihadiri oleh 105 orang pelajar semester 2 program CS143. Tujuan program ini diadakan ialah untuk memupuk semangat setiakawan, sifat kepimpinan, semangat bekerjasama secara berkumpulan dan sifat tolong-menolong di kalangan peserta. Disamping itu, program ini dapat melatih peserta supaya mementingkan masa dan berdisiplin.

Program ini telah dikendalikan oleh Siti Hafawati bt  Jamaluddin, Nur Hidayah Ab Raji, Siti Sarah bt Raseli dan Nordianah bt Jusoh. Fasilitator adalah terdiri daripada pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSSR) iaitu Masshera bt Jamaludin dan Ellail Ain bt Mohd Aznan  dengan dibantu oleh 22 orang pelajar daripada fakulti berkenaan.

Aktiviti dijalankan melibatkan aktiviti berkumpulan diantara peserta dan fasilitator iaitu persembahan ‘trademark’ kumpulan dan melukis bendera kumpulan, senamrobik yang dipimpin oleh pensyarah dan fasilitator FSSR dan mencari harta karun yang bertajuk “Finding the Nutritious Food’.

Program Kepimpinan dan Jati Diri CS143

Program Kepimpinan dan Jati Diri untuk 105 orang pelajar program CS143 semester empat  telah dijalankan pada 19 Februari 2017 daripada 7.30 pagi hingga 4.00 petang. Program ini bertujuan untuk membentuk pembelajaran melalui pengalaman, memupuk kepimpinan yang berkualiti di kalangan pelajar, melatih pelajar supaya menepati masa dan lebih berdisiplin, memupuk semangat kerjasama berkumpulan serta nila-nilai kerohanian.

Pengendali program ini adalah Sharifah Fhahriyah bt Syed Abbas, Noorsham bt Mansor dan Raihana bt Zainordin, Mohd. Khairulanwar bin Md Yusof dan Zulkifli bin Ismail. Fasilitator adalah terdiri daripada 22 orang pelajar FSSR.

Aktiviti yang dijalankan adalah berbentuk latihan dalam kumpulan & explorace seperti melukis bendera kumpulan dan persembahan ‘trademark cheer’, senamrobik.

Lawatan ke Jabatan Meteorologi Pulau Pinang dan Jabatan Penerbangan Awam

Seramai 34 orang palajar semester empat program CS143 telah membuat lawatan ke Jabatan Meteorologi Pulau Pinang dan Jabatan Penerbangan Awam pada 8 Februari 2017. Lawatan ni diadakan untuk memberi pengetahuan kepada para pelajar tentang aplikasi matematik dan statistik di industri. Lawatan ini juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai kerjaya di dalam bidang meteorologi dan kawalan trafik udara.

Para pelajar telah diberi penerangan mengenai latar belakang dan pengenalan Jabatan Meteorologi Pulau Pinang yang telah disampaikan oleh pengarahnya iaitu, En. Zabani. Disamping itu, Encik Amin, pegawai meteorologi yang bertugas turut berkongsi maklumat mengenai cuaca dan iklim di Malaysia. Manakala untuk Jabatan Penerbangan Awam, penerangan mengenai tugas dan tanggungjawab jabatan itu telah disampaikan oleh En. Akmal.

Bengkel “Smart Learning”

Jawatankuasa Pengukuhan Prestasi Pelajar Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Perlis Kampus Arau telah menganjurkan Bengkel “Smart Learning”  di LT5, UiTM Cawangan Perlis Kampus Arau pada 21 Januari 2017 daripada 8:30 pagi sehingga 1:00 petang.

Bengkel ini telah dihadiri oleh 81 orang pelajar. 54 orang pelajar adalah daripada program Diploma Sains Komputer (CS110) manakala selebihnya iaitu seramai 27 orang pelajar terdiri daripada pelajar-pelajar bagi program Diploma Sains Matematik (CS143).

Bengkel telah dikendalikan oleh En. Abdul Hapes Mohammed, pensyarah daripada Jabatan Sains Komputer, UiTM Cawangan Perlis Kampus Arau dibantu oleh sembilan orang pelajar cemerlang yang bertindak sebagai mentor.

Bengkel yang juga menjadi pengenalan atau pembukaan aktiviti Pengukuhan Pelajar bagi semester Dis 2016 – April 2017 ini telah berjaya memberi pendedahan mengenai teknik belajar yang betul, emotivasi pelajar mengenai pentingnya graduate dengan CGPA 3.0 dan ke atas, memupuk semangat bekerjasama dan berkongsi ilmu sesama pelajar.

Seminar Pelaburan 360 Hari

Seminar Pelaburan 360 Hari yang telah dijalankan pada 19 Januari 2017 adalah bertujuan untuk menerangkan konsep pengurusan risiko pelaburan kepada para pelajar FSKM. Para pelajartelah didedahkan berkenaan kepentingan pengurusan risiko dan pelaburan untuk umur persaraan. Di samping itu, seminar ini juga bertujuan untuk membuka peluang kepada para pelajar untuk melabur di dalam unit amanah. Seminar ini telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor HEA, Prof. Madya Dr. Shaiful Annuar Khalid. Penceramah jemputan adalah daripada Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) iaitu En. Abdul Rahman bin Amir.