Lawatan ke Jabatan Meteorologi Pulau Pinang dan Jabatan Penerbangan Awam

Seramai 34 orang palajar semester empat program CS143 telah membuat lawatan ke Jabatan Meteorologi Pulau Pinang dan Jabatan Penerbangan Awam pada 8 Februari 2017. Lawatan ni diadakan untuk memberi pengetahuan kepada para pelajar tentang aplikasi matematik dan statistik di industri. Lawatan ini juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar mengenai kerjaya di dalam bidang meteorologi dan kawalan trafik udara.

Para pelajar telah diberi penerangan mengenai latar belakang dan pengenalan Jabatan Meteorologi Pulau Pinang yang telah disampaikan oleh pengarahnya iaitu, En. Zabani. Disamping itu, Encik Amin, pegawai meteorologi yang bertugas turut berkongsi maklumat mengenai cuaca dan iklim di Malaysia. Manakala untuk Jabatan Penerbangan Awam, penerangan mengenai tugas dan tanggungjawab jabatan itu telah disampaikan oleh En. Akmal.