Bengkel “Smart Learning”

Jawatankuasa Pengukuhan Prestasi Pelajar Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Perlis Kampus Arau telah menganjurkan Bengkel “Smart Learning”  di LT5, UiTM Cawangan Perlis Kampus Arau pada 21 Januari 2017 daripada 8:30 pagi sehingga 1:00 petang.

Bengkel ini telah dihadiri oleh 81 orang pelajar. 54 orang pelajar adalah daripada program Diploma Sains Komputer (CS110) manakala selebihnya iaitu seramai 27 orang pelajar terdiri daripada pelajar-pelajar bagi program Diploma Sains Matematik (CS143).

Bengkel telah dikendalikan oleh En. Abdul Hapes Mohammed, pensyarah daripada Jabatan Sains Komputer, UiTM Cawangan Perlis Kampus Arau dibantu oleh sembilan orang pelajar cemerlang yang bertindak sebagai mentor.

Bengkel yang juga menjadi pengenalan atau pembukaan aktiviti Pengukuhan Pelajar bagi semester Dis 2016 – April 2017 ini telah berjaya memberi pendedahan mengenai teknik belajar yang betul, emotivasi pelajar mengenai pentingnya graduate dengan CGPA 3.0 dan ke atas, memupuk semangat bekerjasama dan berkongsi ilmu sesama pelajar.