Research Exhibition In Mathematics & Computer Sciences (Remacs 4.0)

Pada 21 Julai 2022, FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan program Research Exhibition In Mathematics & Computer Sciences (Remacs 4.0) dengan kerjasama bersama ICAN PJIM&A UiTM Cawangan Perlis dan rakan strategik UNIUTAMA SOLUTIONS SDN. BHD di Dewan Seri Semarak, UiTM Perlis. REMACS 4.0 melibatkan 62 ahli jawatankuasa (AJK) yang terdiri daripada 27 AJK Pensyarah dan 35 AJK Pelajar. 89 pelajar tahun akhir memeriahkan program ini dimana pelajar daripada 4 program FSKM iaitu CS240 Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian), CS245 Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Komunikasi Data dan Perangkaian, CS251 Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Pengkomputeran Netsentrik dan CS248 Sarjana Muda Sains (Kepujian) Matematik Pengurusan.

Penilaian dibuat berdasarkan Anugerah Video Pitching Terbaik dan Poster Terbaik bagi program CS240, CS245, CS251 dan CS248. Selain itu, Anugerah Projek Terbaik dari Industri juga diberikan oleh UniUtama Solutions Sdn. Bhd kepada projek pelajar yang terbaik dari setiap program. Anugerah Khas Rektor juga telah disediakan iaitu piala pusingan bagi memilih sebuah projek terbaik diantara keempat-empat program yang menyertai pameran ini. Ia telah dimenangi oleh Nur Farahizah Binti Md Saupi dimana penyelianya adalah Prof. Madya Ts. Dr Shukor Sanim Bin Mohd Fauzi dan Dr Ruzita Binti Ahmad.
Ceramah kerjaya “Cabaran kerjaya dalam bidang IT” yang dibentangkan oleh wakil UniUtama Solutions Sdn. Bhd, En. Azhari bin Omar juga diadakan pada petang itu.


Jemputan yang hadir pada Majlis Perasmian Penutup iaitu Rektor UiTM Perlis, Prof. Madya Ts. Dr Shukor Sanim Bin Mohd Fauzi, Timbalan Rektor HEA, Prof. Ts. Dr. Mohd Azlan, Timbalan Rektor PJIM&A Ts. Gs. Dr. Ernieza Suhana Mokhtar, Pemangku Pengurus Besar UniUtama Solutions Sdn. Bhd En. Mohd Syahir Kasim, Ketua Pusat Pengajian FSKM Ts. Dr. Siti Zulaiha Ahmad dan Koordinator- koordinator Program FSKM. Tuan Rektor turut merasmikan Perasmian Penutup REMACS 4.0.