Gegar RIG: Semarak Penyelidikan Satu Pensyarah Satu Proposal

FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan program “Gegar RIG: Semarak Penyelidikan Satu Pensyarah Satu Proposal” yang berlangsung selama tiga hari iaitu pada 1 – 3 september 2021 secara atas talian. Program ini telah dihadiri oleh para pensyarah FSKM dan dirasmikan oleh KPP FSKM, Dr. Siti Zulaiha binti Ahmad. Pada sebelah pagi iaitu bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 12 tengahari, bengkel dimulai dengan slot – slot dari barisan penceramah yang telah dijemput mengikut tajuk pengisian masing – masing . Seterusnya, pada pukul 3.00 – 5.00 petang, bengkel diteruskan dengan slot kerja berkumpulan iaitu para pensyarah FSKM menyambung penulisan proposal dengan memanfaatkan perkongsian ilmu dan pengalaman penceramah pada sesi pagi dengan bimbingan mentor mengikut bidang masing-masing. Penceramah untuk program ini ialah Prof. Madya Ts. Dr Shukor Sanim Mohd Fauzi, Dr Rizauddin Saian, Dr Wan Izhan Nawawi Wan Ismail dan Prof. Madya Dr Nafisah Mohd Osman.