Bengkel ToT Big Data

FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan Bengkel ToT Big Data pada 21-21/9/2021 dan 28-29/9/2021. Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 55 orang peserta, di mana ianya telah dibahagikan kepada dua (2) sesi. Sesi pertama melibatkan seramai 25 peserta yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah daripada UiTM seMalaysia dan juga pihak industri. Sementara sesi yang ke dua pula melibatkan seramai 30 pelajar yang sedang mengikuti program CS240 (Ijazah Sarjanamuda Teknolgi Maklumat).

Bengkel ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Dr. Khairul Anwar bin Sedek, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Komputer dan Metematik, UiTM Cawangan Perlis. Di antara kandungan bengkel yang telah dijalankan adalah sesi ceramah, perbincangan dan latihan untuk memperkasakan pemahaman para peserta. Setiap sesi bengkel telah berjalan selama dua (2) hari. Bengkel ini telah dijalankan secara dalam talian (online) dimana para peserta telah mencapai sistem komputer di dalam makmal komputer Big Data secara kawalan jauh (remote access). Ini adalah disebabkan oleh keperluan komputer spesifikasi tinggi untuk menjalankan perisian yang digunapakai.