Webinar Multimedia@FSKM Research Series 1.0 – Starting Up Successful Research & Publication in Instructional Multimedia: Trends and Tips

FSKM Cawangan Perlis telah menganjurkan webinar “Webinar Multimedia@FSKM Research Series 1.0 – Starting Up Successful Research & Publication in Instructional Multimedia: Trends and Tips” pada 30/3/2021. Webinar ini telah dihadiri oleh 95 orang peserta daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Institut Kesihatan Negara, Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Sultan Azlan Shah, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaysia Sarawak. Webinar Multimedia@FSKM Research Series 1.0 adalah anjuran bersama RIG Multimedia Technology & Instructional Design, FSKM, Journal of Computing Research & Innovation (JCRINN) dan PJIMA, UiTM Perlis. Tujuan webinar adalah untuk memberikan pendedahan mengenai hala tuju penyelidikan dan penerbitan terkini di dalam bidang teknologi pengajaran dan Multimedia. Penceramah jemputan ialah Professor Dr Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya yang merupakan Pengarah Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Intipati ceramah beliau banyak menekankan keperluan dan strategi mengetahui hala tuju penyelidikan di dalam bidang teknologi pengajaran dan Multimedia selari dengan aspirasi kerajaan ke arah “Education 4.0” dan “Digital Learning”. Penceramah juga telah memberikan tips dan berkongsi pengalaman beliau dalam menerbitkan penulisan di jurnal berimpak tinggi. Webinar ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan berakhir pada pukul 12:15 tengahari.