Optimizing FYP Into Journal Publications (FSKM)

FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan program “Optimizing FYP Into Journal Publications” selama tiga hari pada 10, 23 dan 24 Mac 2021 secara atas talian. Webinar ini dimulakan dengan pendaftaran peserta pada pukul 8:30 pagi dan dituruti dengan ucapan alu-aluan daripada TREK PJIM&A Prof. Madya Ts. Dr. Shukor Sanim Mohd Fauzi. Kemudian, program diteruskan dengan ceramah oleh penceramah jemputan Professor Dr Muhammad Kamarul Kabilan dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM. Intipati ceramah beliau banyak mendedahkan tentang konsep dan erti sebenar penulisan artikel yang berimpak. Penceramah juga telah memberikan tips dan berkongsi pengalaman beliau dalam menerbitkan penulisan di jurnal berimpak tinggi. Beliau turut mengingatkan para peserta agar berhati-hati dengan Predatory Journal. Webinar ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan berakhir pada pukul 11:15 pagi.

Seterusnya, program ini disusuli dengan bengkel penulisan yang berlangsung pada jam 2.30 petang. Bengkel ini telah dijalankan mengikut lima bidang utama penyelidikan di FSKM iaitu Math Model, Optimization dan Fuzzy untuk Matematik, manakala bagi Sains Komputer, bidang-bidang yang terlibat ialah CS/IT, Multimedia/HCI dan CTN. Bengkel tersebut mempunyai pelbagai slot dengan topik-topik seperti pemilihan jurnal yang tepat dengan bidang masing-masing, dan juga teknik menulis setiap bab daripada laporan FYP ke dalam bentuk artikel jurnal. Pada 24 Mac 2021, bengkel ini telah disudahi dengan topik Getting Ready to Submit: Do’s and Don’ts. Kesemua slot bengkel telah diterajui oleh para pensyarah FSKM yang mempunyai pengalaman meluas dalam penerbitan artikel jurnal. Adalah menjadi harapan fakulti agar dengan penganjuran program ini, ia akan dapat mencapai sasaran penerbitan tahunan di dalam journal berindeks dan prosiding konferen berindeks bagi memenuhi keperluan KPI 2021.