Webinar: Network Infrastructure and Design (NID) Sharing Session

FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan sebuah webinar yang bertajuk Network Infrastructure and Design (NID) Sharing Session pada 12 Januari 2022. Webinar ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan Ts Muhammad Azizi Mohs Ariffin yang merupakan pensyarah Sains Komputer, UiTM Shah Alam. Ts Muhammad Azizi juga mempunyai kepakaran dalam bidang rangkaian dan keselamatan siber. Kandungan sesi perkongsian lebih tertumpu kepada cabaran dalam menghasilkan prasarana perangkaian yang selamat dan memenuhi kehendak semasa dan akan datang di dalam merekabentuk dan mengurus perangkaian. Merekabentuk prasaranan perangkaian yang selamat dan mudah diurus dan ditadbir serta selamat adalah perlu diberi perhatian utama di samping memenuhi kehendak pelanggan. Seramai 80 peserta telah menyertai webinar ini yang terdiri daripada pelajar yang mengambil kursus Network Infastructure Security (ITT585) and Network Design and Management (ITT550) dan pensyarah. Perkongsian pengalaman ini juga dapat memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan ciri graduan yang menepati keperluan industri serta berkemampuan global yang berkeupayaan untuk berkhidmat di organisasi multinasional serta laku di pasaran antarabangsa.