FSKM Bersama Komuniti

FSKM Cawangan Perlis telah menjalankan program “FSKM Bersama Komuniti” pada 19 Mac 2021 di Kg. Wai, Kuala Perlis, Perlis. Program ini telah disertai oleh 11 orang sukarelawan bersama-sama dengan penduduk Kg Wai. Para peserta telah berhimpun di rumah pengerusi JPKK Kg. Wai, Puan Nor Siti Hajar Razali pada pukul 3 petang untuk mendengar penerangan daripada Ketua Pusat Pengajian FSKM, Dr Siti Zulaiha Ahmad berkenaan objektif program dan juga program penghasilan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) dengan kerjasama Fakulti Sains Gunaan, UiTM Cawangan Perlis. Seterusnya, peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan dan mereka telah bergerak untuk mengedarkan sumbangan kepada penduduk kampung. Program telah berakhir pada pukul 5 petang hari yang sama. FSKM UiTM Cawangan Perlis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang. Semoga program ini dapat menyokong usaha kerajaan dalam mengurus dan memerangi wabak covid-19.