SULAM: Webinar – Kesedaran Keselamatan Siber Bersama Remaja Era Millenial

FSKM telah menganjurkan sebuah webinar yang bertajuk “Kesedaran Keselamatan Siber Bersama Remaja Era Millenial” pada 9 Disember 2020. Program ini adalah sebahagian daripada Projek SULAM. Peserta adalah terdiri daripada 60 pelajar SMK Derma, Kangar, Perlis dan 76 pelajar kursus ITS610 dan ICT652. Peserta program telah diberi pendedahan berkenaan tips keselamatan penggunaan alam siber melalui tiga video klip yang telah dihasilkan sendiri oleh para pelajar kursus ITS610 dan ICT652.

Program ini juga telah dihadiri oleh dua orang guru kaunselor SMK Derma iaitu Puan Noraziyanti Rahim dan Puan Nurul Najha Saidon. Manakala wakil FSKM ialah Dr Aznoora Osman, Dr Nadia Abdul Wahab dan TS Noorfaizalfarid Mohd Noor. Adalah diharapkan bahawa program ini akan menjadi satu platform untuk membantu remaja menjadi pengguna siber yang bijak lagi berhemah.