Internship UIR3.0 UiTM ke UIR

Seramai 34 orang pelajar UiTM Cawangan Perlis telah berlepas ke Pekanbaru, Indonesia untuk menjalani latihan industri di Universitas Islam Riau, Indonesia pada 16/7/2019.

Para pelajar telah disambut oleh Wakil Rektor I, Dr. H. Syafhendry, MSi, Wakil Rektor III, Ir Rosyadi, MSi dan Dekan Fakultas Pertanian Dr Ir Ujang Paman di Bangunan Rektorat, UIR.

Enam orang daripada 34 orang para pelajar tersebut adalah pelajar tahun akhir Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Perlis. Tiga orang daripada jurusan Matematik dan tiga lagi daripada jurusan Teknologi Maklumat. Mereka akan menjalani latihan industri di Fakultas Teknik Informatika, UIR.

More Pictures