Webinar Statistical Tests for Absolute Beginners using Microsoft Excel: How to Make Comparison using t-Test

FSKM UiTM Cawangan Perlis telah meganjurkan webinar bertajuk Statistical Tests for Absolute Beginners using Microsoft Excel: How to Make Comparison using t-Test pada 7 April 2022 selama 3 jam bermula pada pukul 9 pagi. Seramai 58 orang peserta telah menyertai webinar ini. Para peserta menunjukkan minat yang tinggi sepanjang webinar ini. Penceramah untuk webinar ini ialah Puan Balkiah Moktar dan dibantu oleh moderator Puan Suzanawati Abu Hasan. Meraka adalah pensyarah kanan FSKM UiTM Cawangan Perlis..

Online Database System using PHP & MongoDB

FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan bengkel “Online Database System using PHP & MongoDB” pada 23-24/11/2021 secara atas talian. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pengenalan kepada Online Database System dan juga MongoDB. Pemahaman tentang MongoDB Query Language dan Operasi CRUD juga di perkenalkan.

Penceramah jemputan untuk bengkel 2 hari ini ialah Dr. Khairul Anwar Sedek. Bengkel ini diadakan menerusi platform Cisco Webex dan 125 seramai orang peserta yang berdaftar dari pelbagai universiti seluruh Malaysia. Peserta yang mendaftar terdiri daripada 90 pelajar jurusan Sains Komputer UiTM Perlis dan juga 35 pensyarah/pelajar dari luar/dalam UiTM Perlis. Bengkel ini di bahagikan kepada 6 sesi di mana sesi 1 hingga sesi 4 diadakan pagi hari pertama, manakala sesi 5 dan 6 pada hari kedua.

Pada hari pertama, bengkel ini dimulakan dengan pendaftaran kehadiran para peserta bermula jam 8.30 pagi. Pada di jam 9.00 pagi, sesi pertama program di mulakan dengan pengenalan kepada MongoDB dan Data Modelling. Sesi kedua bermula pada 10.45 pagi dengan topik Memahami Mongo Query Language dan Operasi CRUD. Sesi ketiga membincangkan PHP-Mongo-CRUD operations sehingga jam 5 petang.

Pada hari kedua bengkel, sesi pagi sehingga tengah hari membincangkan sambungan topik PHP-Mongo-CRUD operations. Pada sebelah petang pula, penceramah membincangkan MongoDB Relationship.

Bengkel diadakan secara hands on dan bahan-bahan serta maklumat bengkel disediakan oleh penceramah. Peserta bertanya soalan secara terus kepada penceramah untuk lebih memahami PHP-MongoDB, sepanjang bengkel berjalan. Bengkel ini berakhir pada jam 5.00 petang, 24 November 2021.

Bengkel ToT Big Data

FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan Bengkel ToT Big Data pada 21-21/9/2021 dan 28-29/9/2021. Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 55 orang peserta, di mana ianya telah dibahagikan kepada dua (2) sesi. Sesi pertama melibatkan seramai 25 peserta yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah daripada UiTM seMalaysia dan juga pihak industri. Sementara sesi yang ke dua pula melibatkan seramai 30 pelajar yang sedang mengikuti program CS240 (Ijazah Sarjanamuda Teknolgi Maklumat).

Bengkel ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Dr. Khairul Anwar bin Sedek, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Komputer dan Metematik, UiTM Cawangan Perlis. Di antara kandungan bengkel yang telah dijalankan adalah sesi ceramah, perbincangan dan latihan untuk memperkasakan pemahaman para peserta. Setiap sesi bengkel telah berjalan selama dua (2) hari. Bengkel ini telah dijalankan secara dalam talian (online) dimana para peserta telah mencapai sistem komputer di dalam makmal komputer Big Data secara kawalan jauh (remote access). Ini adalah disebabkan oleh keperluan komputer spesifikasi tinggi untuk menjalankan perisian yang digunapakai.

Bengkel Komunikasi Visual Secara Efektif Melalui PowerPoint

FSKM UiTM Caw. Perlis telah menganjurkan Bengkel Komunikasi Visual Secara Efektif Melalui Powerpoint pada 4/11/2017 di Makmal Komputer, Perpustakaan Dato’ Jaafar Hasan. Bengkel sehari ini telah dihadiri oleh 20 orang pelajar. Penceramah ialah Dr. Siti Zulaiha Ahmad dengan dibantu oleh Cik Umi Hanim selaku fasilitator. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang tips komunikasi dan rekabentuk dalam persembahan PowerPoint.

9.00 pagi – 9.30 pagi : Pendaftaran
9.30 pagi – 12.00 tengahari : Pengenalan kepada powerpoint, ciri-ciri asas dalam penghasilan persembahan powerpoint, teks, grafik dan animasi
12.00 tengahari – 2.30 petang Rehat
2.30 petang – 4.30 petang : Aplikasi pembangunan powerpoint yang berkesan.
4.30 petang Bersurai

More Pictures