
Date: 19/11/2017
Venue: Padang Hoki, UiTM Caw. Perlis
Fakulti Sains Komputer dan Matematik
Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perlis
FSKM UiTM Caw. Perlis telah menganjurkan Bengkel Komunikasi Visual Secara Efektif Melalui Powerpoint pada 4/11/2017 di Makmal Komputer, Perpustakaan Dato’ Jaafar Hasan. Bengkel sehari ini telah dihadiri oleh 20 orang pelajar. Penceramah ialah Dr. Siti Zulaiha Ahmad dengan dibantu oleh Cik Umi Hanim selaku fasilitator. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang tips komunikasi dan rekabentuk dalam persembahan PowerPoint.
9.00 pagi – 9.30 pagi | : | Pendaftaran |
9.30 pagi – 12.00 tengahari | : | Pengenalan kepada powerpoint, ciri-ciri asas dalam penghasilan persembahan powerpoint, teks, grafik dan animasi |
12.00 tengahari – 2.30 petang | Rehat | |
2.30 petang – 4.30 petang | : | Aplikasi pembangunan powerpoint yang berkesan. |
4.30 petang | Bersurai |
Program Penerapan Kerohanian Dalam Pembelajaran telah dianjurkan oada 3/11/2017 di LT5, UiTM Caw. Perlis. Seramai 83 orang pelajar bahagian 1 Diploma Sains Komputer (CS110) telah menghadiri program ini. Penceramah jemputan ialah Cik Arifah Fasha Rosmani yang berkongsi kaedah penerapan unsur-unsur kerohanian dalam pembelajaran dan kehidupan.
ATURCARA PROGRAM
09.00 – 09.30 : Pendaftaran
09.30 – 12.00 : Perbincangan bersama Penasihat Akademik
12.00 – 02.30 : Rehat/Makan tengahari
02.30 – 02.45 : Perasmian dan taklimat C-PROM 2017
02.45 – 05.00 : Ceramah
05.00 : Bersurai
FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan sebuah seminar berkenaan peranan PERKESO & KWSP kepada pelajar serta faedah-faedah yang ditawarkan. Seramai 135 orang pelajar daripada program CS143 telah didedahkan mengenai skim-skim yang ditawarkan oleh dua agensi pertubuhan sosial tersebut. Seminar ini yang dipengerusikan oleh saudara Anas Fathul Ariffin telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor HEA, Prof. Madya Dr. Shaiful Annuar Khalid. Penceramah jemputan adalah dari PERKESO Cawangan Kangar iaitu Pn Baayun @ Bushra Bt. A. Rahman dan wakil daripada KWSP Cawangan Alor Setar iaitu Pn. Noorfazira Bt. Ahmad Tarmizi, En Azham B. Bidin, Pn. Roshadah Bt. Saad dan Pn. Sharifah Bt. Abdul Hadi. Pihak KWSP turut berkongsi tips-tips pengurusan kewangan yang bijak dengan pelajar. Di akhir program, satu sesi pembukaan akaun KWSP untuk pelajar telah diadakan sebagai persediaan awal untuk pelajar menempuh alam pekerjaan.
Pembentangan poster projek tahun akhir (FYP) untuk pelajar Bachelor of Science (Hons) Management Mathematics (CS248) telah dijalankan pada pagi 24 Julai 2017 di Kompleks STAR, UiTM Cawangan Perlis. Aktiviti ini ialah keperluan kursus MSP660 bagi pelajar tahun akhir CS248 dan telah dikendalikan oleh Puan Balkiah Mokhtar, pensyarah penyelaras MSP660 bagi program CS248. Seramai 102 orang pelajar telah menyertai aktiviti ini.
Pertandingan Multimedia Kreatif 2017 telah dianjurkan pada 20/6/2017 bertempat di Makmal Komputer 23, UiTM Cawangan Perlis.
Aturcara program :
8:00 – 8:30 pagi : Pendaftaran
8:30 – 9:30 pagi : Taklimat pertandingan dan pemantapan
Strategi / perkongsian pengalaman
9:30 – 11:30 pagi : Pertandingan Saringan (pemilihan 5 terbaik)
11:30 – 11:45 pagi : Pemurnian keputusan juri
11:45 – 12:45 tengahari : Pertandingan akhir
12:45 – 1:00 tengahari : Pemurnian markah
1:00 – 1:30 tengahari : Pengumuman keputusan dan penyampaian hadiah
1:30 ptg : Bersurai
Pembentangan poster projek tahun akhir (FYP) untuk pelajar Sarjana Muda Sains Komputer Komunikasi Data dan Perangkaian (CS245) telah dijalankan pada petang 19 Jun 2017 di Makmal Komputer 19 dan Bilik Inovasi PJIM&A, UiTM Cawangan Perlis. Aktiviti ini ialah keperluan kursus CSP650 bagi pelajar tahun akhir CS245 dan telah dikendalikan oleh Dr ’Abidah Hj Mat Taib, pensyarah penyelaras CSP650 bagi program CS245. Seramai 19 orang pelajar telah menyertai aktiviti ini.
Pembentangan poster projek tahun akhir (FYP) untuk pelajar Sarjana Muda Sains Information Technology (CS240) telah dijalankan pada pagi 19 Jun 2017 di Makmal Komputer 19 dan Kompleks STAR, UiTM Cawangan Perlis. Aktiviti ini ialah keperluan kursus CSP650 bagi pelajar tahun akhir CS240 dan telah dikendalikan oleh Dr. Norfiza Ibrahim, pensyarah penyelaras CSP650 bagi program CS240. Seramai 32 orang pelajar telah menyertai aktiviti ini.
FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan program Digital Forensic Exhibition and Competition 2017 pada 16 Jun 2017. Program ini telah disertai oleh 115 orang para pensyarah dan pelajar FSKM UiTM Cawangan Perlis.
Program dimulai dengan ceramah berkaitan isu-isu keselamatan di dunia siber yang telah disampaikan oleh CTO daripada Onemyr Holdings iaitu Mohd Ridzman Azzahari. Seterusnya, para pelajar kursus ITT593 mempersembahkan projek Digital Forensic.