Kem Kepimpinan dan Keusahawanan FSKM

Kem Kepimpinan dan Keusahawanan FSKM telah dijalankan di Kem Hujan-hujan, Gua Kelam, Perlis pada 12-14 Mei 2017. Peserta kem ini yang terdiri daripada 30 orang pelajar FSKM ini telah melengkapkan 4 modul LDK dan 4 modul luar kelas. Modul-modul dikendalikan oleh fasilitator iaitu En. Mohamad Azrin Bin Abd Aziz, En Iman Hazwam bin Abd Halim dan Pn. Nurul Hidayah Binti Amir manakala Pensyarah pengiring ialah Noorfaizalfarid Bin Mohd Noor.

Para peserta didedahkan aktiviti-aktiviti yang meningkatkan kebolehan kemahiran insaniah dan kesedaran kesihatan. Aktiviti luar kelas melibatkan abseiling dan jungle tracking.

More Pictures

IT Ethics Awareness Day

FSKM UiTM Cawangan Perlis telah mengadakan program IT Ethics Awareness Day pada 11 dan 14 Mei 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Putra, Kangar dan Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar. Kedua-dua program ini melibatkan seramai 73 pelajar program CS240, CS245 dan CS251 di bawah penyeliaan pensyarah Pn. Nor Azzyati Binti Hashim dan Pn. Romiza Binti Md Nor. Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran tentang etika dalam penggunaan teknologi maklumat kepada pelajar sekolah.

More Pictures

 

Program “I can do it” & Hari bersama PA 2017

Program “I can do it” & Hari bersama PA 2017 telah dijalankan pada 14/5/2017. Program ini telah dihadiri oleh 59 orang pelajar Semester 1 dan 2 FSKM dan dikendalikan oleh Azmi Abu Seman dan Norfiza Ibrahim. Para pelajar telah didedahkan dengan beberapa modul seperti proses belajar, teknik mengambil nota, teknik membaca dan membuat rujukan, teknik ulangkaji, dan teknik menghadapi peperiksaan. Selain daripada itu, pertandingan futsal juga telah diadakan untuk mengeratkan hubungan sesama pelajar.

More Pictures

CSC253 Video Festival 2017

Pensyarah multimedia FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan program CSC253 Video Festival 2017  pada 17 Mac 2017. Objektif program ini ialah untuk mengasah bakat dan kreativiti dalam pembangunan video pembelajaran, serta melatih etika dan nilai kerja berpasukan dalam kalangan pelajar CS110 yang mengambil kursus CS253 (Interactive Multimedia). Program ini telah disertai oleh 161 orang pelajar CS110 dan dikendalikan oleh emat orang pensyarah iaitu Dr Aznoora, Dr Nadia, En. Abdul Hapes dan Cik Arifah Fasha.

Sebanyak 12 kumpulan pelajar telah terpilih untuk bertanding di peringkat akhir. Hasil video kumpulan pelajar ini telah dinilai terlebih dahulu dalam kelas masing-masing menggunakan borang penilaian khas, menerusi kriteria yang bersesuaian untuk video pembelajaran. Tema pertandingan ialah “Life”. Ketika festival berlangsung, kesemua 12 video pendek telah ditayangkan. Panel hakim terdiri daripada empat orang pensyarah Multimedia. Melalui pertandingan seperti ini, ia telah dapat mencungkil bakat pelajar-pelajar dalam menghasilkan persembahan multimedia yang kreatif dan berguna sebagai alat pengajaran dan pembelajaran untuk pelbagai peringkat umur dalam sesebuah komuniti. 3 kumpulan telah memenangi hadiah utama, manakala yang selebihnya memenangi hadiah saguhati.

Systanalysta 2017

Program Systanalysta 2017 yang telah dijalankan serentak bersama dengan aktiviti MASMED yang dikenali sebagai “A Success Story with Fizo Omar” pada 10/3/2017 adalah pertandingan pembangunan sistem maklumat. Peserta program ini ialah pelajar kursus Information System Development (ITS3332).

Program ini bertujuan untuk menilai projek pelajar dan memberi pengiktirafan kepada kumpulan pelajar yang mendapat markah terbaik. Seramai 80 orang pelajar telah menyertai program ini. Majlis penyampian hadiah telah disempurnakan oleh tetamu undangan iaitu Encik Fizo Omar.

  

ITT Security Challenge

FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan program Kepimpinan dan Kemasyarakatan di Pulau Tuba Langkawi, Kedah pada 24 Feb 2017 – 26 Feb 2017. Program ini telah disertai oleh 29 orang pelajar FSKM UiTM Cawangan Perlis dengan diiringi oleh 2 orang pensyarah.

Tujuan program ini ialah untuk menjalankan hubungan kemasyarakatan yang baik dengan penduduk setempat, memberi pendedahan kepada pelajar dalam aspek kepimpinan dan meningkatkan tahap keyakinan diri dalam membentuk moral dan ketrampilan diri dan melatih pelajar untuk memimpin dan mengurus program menerusi sesi perkongsian yang telah dijalankan di Sekolah Menengah Pulau Tuba.
Program ITT Security Challenge ini telah dilangsungkan pada 9hb Mac 2017 (Khamis) jam 10.30 pagi dan disertai oleh 30 pelajar daripada program CS110 bahagian 5 dan 6 di Makmal Komputer 19, Kompleks Star. Pelajar diberi pendedahan tentang isu-isu keselamatan komputer di dalam program ini.