REMACS 2018

FSKM UiTM Caw. Perlis telah menganjurkan REMACS 2018 pada 8/12/2018. REMACS 2018 ialah suatu platform yang telah disediakan untuk para pelajar mempamerkan hasil kerja projek tahun akhir mereka. Projek yang dipengerusikan oleh Cik Ku Azlina Ku Akil ini telah disertai oleh seramai 105 orang pelajar daripada pelbagai program FSKM.

More Pictures

[CS248] Pembentangan Poster Projek Tahun Akhir Julai 2017

Pembentangan poster projek tahun akhir (FYP) untuk pelajar Bachelor of Science (Hons) Management Mathematics (CS248) telah dijalankan pada pagi 24 Julai 2017 di Kompleks STAR, UiTM Cawangan Perlis. Aktiviti ini ialah keperluan kursus MSP660 bagi pelajar tahun akhir CS248 dan telah dikendalikan oleh Puan Balkiah Mokhtar, pensyarah penyelaras MSP660 bagi program CS248. Seramai 102 orang pelajar telah menyertai aktiviti ini.

More Pictures