Network Security Attack and Mitigation Competition

FSKM telah menganjurkan pertandingan “Network Security Attack and Mitigation” pada 17 Julai 2020. Pertandingan yang telah dijalankan secara atas talian ini telah disertai oleh 29 orang pelajar kursus ITT450. Para peserta dikehendaki menyediakan sebuah video untuk menerangkan proses “white hacking” yang dilakukan. Tiga peserta terbaik telah dipilih dan menerima hadiah wang tunai. Tempat pertama dimenangi oleh peserta dengan video bertajuk “Mobile Application exploit: Instagram brute force attack”. Tempat kedua dimenangi oleh peserta dengan video yang bertajuk “Cyberthreat: Mechanism MITM & Defense”. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh peserta dengan video yang bertajuk “FTP: Attack On Port 21”.