Talk on Social Security 2017

FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan sebuah seminar berkenaan peranan PERKESO & KWSP kepada pelajar serta faedah-faedah yang ditawarkan. Seramai 135 orang pelajar daripada program CS143 telah didedahkan mengenai skim-skim yang ditawarkan oleh dua agensi pertubuhan sosial tersebut. Seminar ini yang dipengerusikan oleh saudara Anas Fathul Ariffin telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor HEA, Prof. Madya Dr. Shaiful Annuar Khalid. Penceramah jemputan adalah dari PERKESO Cawangan Kangar iaitu Pn Baayun @ Bushra Bt. A. Rahman dan wakil daripada KWSP Cawangan Alor Setar iaitu Pn. Noorfazira Bt. Ahmad Tarmizi, En Azham B. Bidin, Pn. Roshadah Bt. Saad dan Pn. Sharifah Bt. Abdul Hadi. Pihak KWSP turut berkongsi tips-tips pengurusan kewangan yang bijak dengan pelajar. Di akhir program, satu sesi pembukaan akaun KWSP untuk pelajar telah diadakan sebagai persediaan awal untuk pelajar menempuh alam pekerjaan.

More Pictures