CSC253 Video Festival 2017

Pensyarah multimedia FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan program CSC253 Video Festival 2017  pada 17 Mac 2017. Objektif program ini ialah untuk mengasah bakat dan kreativiti dalam pembangunan video pembelajaran, serta melatih etika dan nilai kerja berpasukan dalam kalangan pelajar CS110 yang mengambil kursus CS253 (Interactive Multimedia). Program ini telah disertai oleh 161 orang pelajar CS110 dan dikendalikan oleh emat orang pensyarah iaitu Dr Aznoora, Dr Nadia, En. Abdul Hapes dan Cik Arifah Fasha.

Sebanyak 12 kumpulan pelajar telah terpilih untuk bertanding di peringkat akhir. Hasil video kumpulan pelajar ini telah dinilai terlebih dahulu dalam kelas masing-masing menggunakan borang penilaian khas, menerusi kriteria yang bersesuaian untuk video pembelajaran. Tema pertandingan ialah “Life”. Ketika festival berlangsung, kesemua 12 video pendek telah ditayangkan. Panel hakim terdiri daripada empat orang pensyarah Multimedia. Melalui pertandingan seperti ini, ia telah dapat mencungkil bakat pelajar-pelajar dalam menghasilkan persembahan multimedia yang kreatif dan berguna sebagai alat pengajaran dan pembelajaran untuk pelbagai peringkat umur dalam sesebuah komuniti. 3 kumpulan telah memenangi hadiah utama, manakala yang selebihnya memenangi hadiah saguhati.