Jalinan Ramadhan 2025

KPPIM UiTM Caw. Perlis telah menganjurkan Program Jalinan Ramadhan 2025 di Panggas Village Homestay, Kampung Panggas Besar, Perlis. Program bermula seawal jam 2:30 petang dengan aktiviti “Bengkel Tunas Hijau Tahfiz” dengan kerjasama RIG SAFi yang bertindak sebagai fasilitator. Para pelajar di beri penerangan berkenaan cara menanam sayur menggunakan teknik “MyNutribesen” hasil inovasi oleh pensyarah KPPIM yang di ketuai oleh En. Azlan bin Abdul Aziz. Para pelajar telah bahagikan kepada beberapa kumpulan dan di bekalkan “Kit Tunas Hijau Tahfiz”. Selepas selesai aktiviti berkumpulan dan solat asar, program “Tadabbur Al-Quran” telah di jalankan dengan penglibatan pelajar Maahad serta pensyarah-pensyarah KPPIM.

Program diteruskan lagi pada jam 6.30 petang yang dimulakan dengan ucapan Pengetua Maahad Tahfiz Al-Hikmah, Ustaz Muhamad Rohim bin Kamis, di ikuti oleh Timbalan Pengarah FAMA Perlis, Encik Mohd Fakrul Hayat bin Abdullah dan seterusnya di rasmikan oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Perlis, PM. Dr. Ahmad Fikri bin Kasim . Turut menghadirkan diri adalah Ketua Pusat Pengajian KPPIM , Dr. Nur Fatihah Fauzi, dan juga Koordinator Program Pengajian Sains Komputer, Puan Rafiza Ruslan dan Koordinator Program Pengajian Sains Matematik, Puan Diana Sirmayunie Mohd Nasir. Tentatif diakhiri dengan majlis penyampaian sumbangan duit raya dan cenderahati kepada para pelajar Maahad Tahfiz Al-Hikmah.

Aktiviti kemuncak Program Jalinan Ramadhan 2025 adalah Majlis Iftar bersama-sama. Majlis Iftar ini menjadi lebih menarik apabila juadah berbuka puasa telah di sediakan secara gotong-royong oleh para pensyarah KPPIM. Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya menyediakan peluang dan ruang untuk para pensyarah KPPIM berkongsi rezeki dalam menyantuni para pelajar Maahad di bulan Ramadhan yang mulia.

Galeri Gambar