Webinar “Jom Buat Video Guna AI” telah berlangsung dengan jayanya pada 20 Ogos 2026 menerusi platform Google Meet dengan penyertaan lebih 800 peserta secara serentak.
Program ini dikendalikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Rizauddin Saian dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Cawangan Perlis.
Bertemakan “Tak Perlu Jadi Video Editor untuk Hasilkan Video”, peserta didedahkan kepada aliran kerja penghasilan video menggunakan AI, bermula daripada pembentukan idea, penyediaan scene, penjanaan imej, pembinaan prompt, penghasilan video serta proses semakan hasil.
Sesi selama dua jam ini turut dilaksanakan secara hands-on, dengan peserta mengikuti demonstrasi secara langsung dan mencuba sendiri proses menghasilkan video menggunakan telefon pintar masing-masing.
Sambutan yang sangat menggalakkan ini menunjukkan minat yang tinggi terhadap penggunaan teknologi Artificial Intelligence (AI) dalam penghasilan kandungan digital secara lebih mudah dan kreatif.
Program ini merupakan anjuran bersama Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) dan Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Cawangan Perlis.
Terima kasih kepada semua peserta dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Daripada idea kepada video, AI membuka lebih banyak ruang untuk kita berkarya.