Bengkel Literasi Teknologi IR 4.0 Bersama Pelajar MRSM Arau

Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Cawangan Perlis dengan kerjasama MRSM Arau dan Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan (PDJH), UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan Bengkel Literasi Teknologi IR 4.0. Program yang berlangsung dari 6 hingga 15 Ogos 2026 ini melibatkan penyertaan 60 orang pelajar MRSM Arau. Bengkel dimulakan pada 6 Ogos 2026 di Makmal Komputer PDJH 2, UiTM Cawangan Perlis sebelum diteruskan di MRSM Arau bermula 10 hingga 15 Ogos 2026.

Sepanjang bengkel, para peserta mengikuti latihan secara teori dan hands-on melalui modul literasi teknologi IR4.0 yang merangkumi Teknologi Imersif, Augmented Reality (AR), Artificial Intelligence (AI), Big Data, Geographic Information System (GIS) serta pembangunan aplikasi mudah alih. Latihan dikendalikan oleh barisan pensyarah FSKM iaitu Ts. Dr. Norziana Yahya, Dr. Mahfudzah Othman, Dr. Nadia Abdul Wahab, Dr. Nurtihah Mohamed Noor, Dr. Huda Zuhrah Ab Halim, Dr. Nurizatul Syarfinas Ahmad Bakhtiar, Dr. Nurul Atiqah Romli dan Dr. Nur Fatihah Fauzi. Program ini merupakan kesinambungan inisiatif Program Transformasi Literasi Teknologi IR 4.0 (TECHLIT-IR4) dalam memperkukuh literasi teknologi digital, memupuk kreativiti, serta membimbing pelajar menghasilkan projek inovasi berasaskan teknologi IR4.0.

https://www.facebook.com/share/p/1CELJDF7yb