
Puan Nor Azriani Mohamad Noor telah dilantik sebagai Koordinator Program Diploma dan Sarjana Muda (CDCS143/CDCS248/CS143/CS248) FSKM, UiTM Cawangan Perlis yang baharu menggantikan Puan Diana Sirmayunie Mohd Nasir mulai 1 Jun 2025.
Seluruh warga kerja FSKM, UiTM Cawangan Perlis mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah.
Semoga dengan pelantikan ini, Puan Azriani dapat meneruskan kecemerlangan di peringkat fakulti mahupun UiTM secara keseluruhannya.
Selain daripada itu, FSKM, UiTM Cawangan Perlis ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan ke atas khidmat bakti Puan Diana Sirmayunie Mohd Nasir sebagai Koordinator Program.