International C-PROM 2021

FSKM UiTM Cawangan Perlis telah menganjurkan International Competitive Programming & Multimedia Competition (International C-PROM 2021) pada 4 Disember 2021 secara atas talian menggunakan platfom Cisco Webex dan Live Streaming dari Facebook page iCPROM. International C-PROM 2021 adalah merupakan acara tahunan FSKM UiTM Cawangan Perlis. Rakan strategik penganjuran untuk tahun 2021 terdiri daripada pelbagai universiti daripada dalam dan luar negara iaitu UM, UniKL, UUM, UniMAP, PTPM USM, Politeknik, Universitas Islam Negeri Sunan Ampel Surabaya (UINSAS), Universitas Islam Riau (UIR)  dan Universitas Gadjah Mada (UGM).

Pertandingan ini telah disertai oleh 49 pasukan dari UiTM Cawangan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Shah Alam, Melaka, dan Sarawak, termasuk pasukan dari Politeknik Sultan Idris Shah, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin dan Universitas Islam Riau (UIR) dari Indonesia. Sebelum pertandingan berlangsung, satu bengkel multimedia telah diadakan pada 23 Oktober 2021 untuk para peserta pertandingan multimedia dan pelajar sekolah sekitar Perlis. Penceramah jemputan untuk bengkel ini ialah Encik Abdul Hapes Mohammed. Bengkel ini telah diadakan menerusi platform Google Meet dan disertai oleh 78 orang peserta.

Bengkel Pengaturcaraan juga telah diadakan pada 14 November 2021 untuk para peserta pertandingan pengaturcaraan. Penceramah untuk bengkel ini ialah Puan Mahfudzah Othman. Encik Mohd Shahril Zainol Abidin dari F-Secure Corporation Sdn Bhd juga dijemput menyampaikan ceramah dan berkongsi teknik dan tip kepada peserta. Bengkel ini diadakan menerusi platform Google Meet dan disertai oleh 83 orang peserta.

Pertandingan pengaturcaraan telah disertai oleh 15 pasukan dari UiTM Cawangan Perlis dan UIR. Buat pertama kali, pertandingan  pengaturcaraan telah diadakan secara online menggunakan sistem DOMjudge dan web hosting Digital Ocean (langganan percuma). Juri pertandingan adalah pensyarah dari UiTM Cawangan Perlis. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

TEMPATNAMA PASUKANUNIVERSITI
1TuringUiTM Cawangan Perlis
2Newbe PragrammerUniversitas Islam Riau (UIR)
3Alpha BetaUiTM Cawangan Perlis

Pertandingan Multimedia pula disertai oleh 34 pasukan dan tema pertandingan kali ini adalah Covid-19 Please Stay Safe. Pertandingan multimedia diadili oleh juri yang dilantik dari kalangan pensyarah UiTM Cawangan Perlis dan wakil dari Rakan Stategik dalam dan luar negara. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

TEMPATNAMA PASUKANUNIVERSITI
14JoyUiTM Cawangan Perlis
2Sisters careUiTM Cawangan Perlis
3Ptoon StudioPoliteknik Tuanku Syed Sirajuddin

Semoga International C-PROM 2021 dapat memberi pengalaman kepada para peserta dalam menyertai pertandingan dalam bidang pengaturcaraan dan multimedia di peringkat antarabangsa dan pengalaman ini.