Video Showcase – Final Year Project

FSKM telah menganjurkan sebuah program secara atas talian bertajuk “Video Showcase – Final Year Project” pada 14 Ogos 2020. Program ini telah disertai oleh 89 orang pelajar kursus CSP650 di bawah penyelarasan Dr.Tajul Rosli Razak dan MSP660 di bawah penyelarasan Puan Diana Sirmayune Mohd Nasir. Matlamat program ini adalah untuk memberi penganugerahan dalam bentuk token kepada para pemenang bagi Video Presentation Projek Tahun Akhir dari tempat pertama hingga ketiga yang telah dinilai oleh penyelia dan penilai.