Internship UIR3.0 UIR ke UiTM

UiTM Cawangan telah menerima kehadiran delegasi pelajar Internship UIR3.0 seramai 36 orang bersama pensyarah pengiring, Dr. Evizal pada 16/7/2019 daripada Universitas Islam Riau, Indonesia.

Pelajar siswa ditempatkan di Kolej Cengal 2 manakala pelajar siswi menginap di Kolej Kesinai 4.

Seramai 8 orang pelajar daripada mereka adalah pelajar Fakultas Teknik jurusan Informatika. Mereka akan menjalani latihan industri di Fakulti Sains Komputer dan Matematik dan ditempatkan di Big Data Lab, UiTM Cawangan Perlis selama sebulan.


More Pictures

Internship UIR3.0 UiTM ke UIR

Seramai 34 orang pelajar UiTM Cawangan Perlis telah berlepas ke Pekanbaru, Indonesia untuk menjalani latihan industri di Universitas Islam Riau, Indonesia pada 16/7/2019.

Para pelajar telah disambut oleh Wakil Rektor I, Dr. H. Syafhendry, MSi, Wakil Rektor III, Ir Rosyadi, MSi dan Dekan Fakultas Pertanian Dr Ir Ujang Paman di Bangunan Rektorat, UIR.

Enam orang daripada 34 orang para pelajar tersebut adalah pelajar tahun akhir Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Perlis. Tiga orang daripada jurusan Matematik dan tiga lagi daripada jurusan Teknologi Maklumat. Mereka akan menjalani latihan industri di Fakultas Teknik Informatika, UIR.

More Pictures