Pelantikan Ketua Pusat Pengajian KPPIM 1 Mac 2024 – Dr. Nur Fatihah binti Fauzi

Dr. Nur Fatihah binti Fauzi telah dilantik sebagai Ketua Pusat Pengajian KPPIM, UiTM Cawangan Perlis yang baharu menggantikan Ts. Dr. Siti Zulaiha Ahmad mulai 1 Mac 2024. KPPIM, UiTM Cawangan Perlis mengucapkan selamat bertugas kepada Dr. Nur Fatihah binti Fauzi.

Selain daripada itu, KPPIM, UiTM Cawangan Perlis ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan ke atas khidmat bakti Ts. Dr. Siti Zulaiha Ahmad sebagai Ketua Pusat Pengajian KPPIM, UiTM Cawangan Perlis.

Pelantikan Koordinator Kursus Program CS143/CS248 1 Jun 2023 – Puan Diana Sirmayunie binti Mohd Nasir

Puan Diana Sirmayunie binti Mohd Nasir telah dilantik sebagai koordinator kursus program CS143/CS248 bermula 1 Jun 2022 menggantikan Puan Suzanawati Abu Hasan. KPPIM, UiTM Cawangan Perlis mengucapkan selamat bertugas kepada Puan Diana Sirmayunie.

Selain daripada itu, KPPIM, UiTM Cawangan Perlis ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan ke atas khidmat bakti Puan Suzanawati Abu Hasan sebagai koordinator kursus KPPIM.